MENGENANG SEMULA HAMKA

Hamka, namanya tidak akan lenyap daripada ingatan meskipun zaman berganti zaman….

Unik, berkarisma, teguh pada jati diri dan berwawasan. Empat sifat tersebut dirasakan begitu tepat untuk menggambarkan peribadi seorang tokoh yang bernama Hamka.

Hamka atau juga dikenali sebagai Buya Hamka atau Pak Hamka telah dilahirkan pada tanggal 17 Februari 1908 di daerah Maninjau, Sumatera Barat, Indonesia. Beliau merupakan putera kepada pasangan Haji Abdul Karim Amrullah dan Siti shaffiyah. Bapanya merupakan seorang ulama besar di Minangkabau dan menganggotai Kaum Muda. Meskipun tidak mendapat pendidikan secara formal, sebaliknya hanya melalui pengalaman hidup namun kecintaan dan minat beliau yang mendalam terhadap keilmuan dan bidang penulisan menyebabkan Hamka berjaya membuahkan berpuluh-puluh karya dalam pelbagai genre dan bidang ilmu. Setiap karya yang dihasilkan oleh beliau bukanlah bentuk naratif semata-mata sebaliknya turut menyelitkan nilai-nilai yang pastinya meruntun jiwa dan pemikiran insani sementara karya agamanya menjunjung tinggi kemuliaan Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW. Selain itu, Hamka juga merupakan seorang ulama, politikus dan pendidik yang amat disegani oleh masyarakat di Asia Tenggara sehingga dikurniakan beberapa anugerah sempena menghargai jasanya. Kini, meskipun Hamka sudah meninggalkan kita untuk tempoh hampir empat dekad namun sering sahaja karya-karyanya dikupas, dibahas dan menjadi rujukan para Sarjana.

KARYA HAMKA

Buku - buku Terkenal Buya Hamka

GAMBAR - GAMBAR HAMKA

Hamka ketika berusia 10 tahun

Kredit: Buku Kenangan-kenangan Hidup, terbitan Gema Insani

Sekolah Hamka di Padang Panjang

Kredit: Buku Kenangan-kenangan Hidup, terbitan Gema Insani

Hamka dan bapanya, Haji Abdul Karim Amrullah 

Hamka dan isterinya, Siti Raham ketika masing-masing berusia muda

Hamka pada tahun 1956

Hamka, isteri dan anak-anak mengambil foto kenangan bersama-sama

Sebelum sengketa… Hamka dan Soekarno berbual mesra

Hamka dan Perdana Menteri Malaysia yang ke-2, Tun Abdul Razak

RIWAYAT HIDUP HAMKA

1908 17 Februari 1908
LAHIR

Hamka dilahirkan pada 17 Februari 1908 di Maninjau Sumatera Barat, Indonesia. Bapanya, Haji Abdul Karim Amrullah merupakan ulama besar di daerah Minangkabau. Ibunya pula bernama, Sitti Shaffiyah. 

1914 Persekolahan
USIA 6 TAHUN

Hamka mengikut bapanya ke Padang Panjang untuk bersekolah. Sesi pagi, bersekolah di sekolah desa, sementara pada waktu malam mengaji Al-Quran bersama bapanya. Selain itu, Hamka juga belajar ilmu dengan beberapa guru lain. 

1921 Kesedihan
USIA 13 TAHUN

Mengalamai kesedihan kerana penceraian ibu dan bapanya. 

1924 Berhijrah
USIA 16 TAHUN

Berhijrah dan menuntut pelbagai bidang ilmu di Tanah Jawa bersama ilmuan-ilmuan besar Indonesia seperti H. Fakhruddin dalam bidang agama. Setelah tamat pengajian tersebut Hamka ke Mekah.

1927 Pergi ke Mekah
USIA 19 TAHUN

Hamka ke Mekah pada tahun 1927 untuk memperdalamkan ilmu dalam bidang agama, bahasa arab serta menunaikan fardhu haji. Namun, pemergiannya itu tidak dimaklumkan kepada ayahnya. 

1928 Terbit Buku
USIA 20 TAHUN

Bukunya bertajuk Si Sabariah diterbitkan

1929 Berkahwin
USIA 21 TAHUN

Hamka berkhawin dengan Siti Raham dan dikurniai 10 orang anak.

1936 Menjadi Jurnalis
USIA 28 TAHUN

Berpindah ke Medan dan menjadi jurnalis bagi Majalah Pedoman Masyarakat. Selain itu, pada tahun tersebut juga karya beliau bertajuk Falsafah Syaitan diterbitkan.

1938 2 karya popular diterbitkan
USIA 30 TAHUN

Pada tahun tersebut, dua buah karya beliau iaitu Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck dan Di Bawah Lindungan Kabah diterbitkan (antara dua buah karyanya yang paling popular).

1939 5 karya baru diterbitkan
USIA 31 TAHUN

Pada tahun tersebut, lima buah karya beliau diterbitkan. Antaranya, Merantau ke Deli dan Tasauf Modern.

1940 2 karya baru diterbitkan
USIA 32 TAHUN

Dua buah karya beliau iaitu Falsafah Hidup serta 1001 Soal-soal Hidup diterbitkan.

1941 1 karya baru diterbitkan
USIA 33 TAHUN

Sebuah karya beliau diterbitkan iaitu Lembaga Hidup.

1946 2 karya baru diterbitkan
USIA 38 TAHUN

Dua buah karya beliau iaitu Dari Lembah Cita-cita dan Negara Islam diterbitkan.

1949 1 karya baru diterbitkan
USIA 41 TAHUN

Sebuah karya beliau diterbitkan iaitu Bohong di Dunia.

1950 2 karya baru diterbitkan
USIA 42 TAHUN

Dua buah karya beliau iaitu Peribadi dan Kenangan-kenangan Hidup diterbitkan.

1952 2 karya baru diterbitkan
USIA 44 TAHUN

Dua buah karya beliau iaitu Di Tepi Sungai Dajlah dan Tasauf dari Abad ke Abad diterbitkan.

1953 1 karya baru diterbitkan
USIA 45 TAHUN

Karya beliau iaitu Lembaga Hikmat diterbitkan.

1955 Menyertai Pilihan raya
USIA 47 TAHUN

Menyertai Pilihan Raya di Indonesia. Beliau menang dan menjadi wakil di Parlimen Indonesia. Walaubagaimanapun, partinya tidak sehaluan dengan parti yang memerintah. Parti Hamka ingin perjuangkan Islam sementara parti pemerintah adalah sebaliknya. Parti Hamka iaitu Masyumi, kemudian diharamkan.

1956 1 karya baru diterbitkan
USIA 48 TAHUN

Karya beliau bertajuk Pelajaran Agama Islam diterbitkan.

1957 1 karya baru diterbitkan
USIA 49 TAHUN

Karya beliau bertajuk Kenangan-kenanganku di Malaya diterbitkan.

1958 1 karya baru diterbitkan
USIA 50 TAHUN

Karya beliau bertajuk Teguran Suci dan Jujur terhadap Mufti Johor: Sebuah Polemik Agama diterbitkan

1961 1 karya baru diterbitkan
USIA 53 TAHUN

Karya beliau bertajuk Pandangan Hidup Muslim diterbitkan.

1963 3 karya baru diterbitkan
USIA 55 TAHUN

Terbit tiga buah karya beliau. Antaranya, Terusir dan Dari Perbendaharaan Lama.

1964 1 karya baru diterbitkan
USIA 56 TAHUN

Karya beliau bertajuk Kerana Fitnah diterbitkan.

1964 Dipenjarakan
USIA 56 TAHUN

Hamka dipenjarakan untuk tempoh dua tahun lebih atas tuduhan berlaku khianat kepada negaranya kerana menyokong
pembentukan Malaysia, Singapura, Sabah dan Sarawak. Tetapi di dalam tahanan, Hamka berjaya hasilkan Tafsir Al-Azhar yang dijadikan kitab rujukan agama yang masyhur.

1966 Dibebaskan dari Penjara
USIA 58 TAHUN

Parti pemerintah tumbang, Hamka dibebaskan. Selain itu, terbit sebuah karya beliau iaitu Keadilan Sosial dalam Islam.

1967 1 karya diterbitkan
USIA 59 TAHUN

Karya beliau iaitu Dari Hati ke Hati diterbitkan.

1974 2 karya diterbitkan
USIA 66 TAHUN

Duah buah karya beliau iaitu Kedudukan Perempuan dalam Islam dan Antara Fakta dan Khayal Tuanku Rao diterbitkan.

1975 Dilantik menjadi ketua umum pertam
USIA 67 TAHUN

Hamka sertai Majlis Ulama Indonesia. Beliau telah dilantik menjadi ketua umum pertama. Tetapi kemudiannya, meletakkan jawatan tersebut kerana fatwa yang diberikannya iaitu berkaitan pengharaman umat Islam turut menyambut perayaan krismas dibantah oleh pemerintah

1976 3 karya diterbitkan
USIA 68 TAHUN

Tiga buah karya beliau diterbitkan pada tahun tersebut. Antaranya, Menunggu Beduk Berbunyi dan Cerrminan Penghidupan

1981 Meninggal dunia
USIA 73 TAHUN

Terbit dua buah karya beliau iaitu Said Jamaluddin Al-Afghani dan Perjalanan. Pada tahun tersebut juga, beliau meninggal dunia pada usia 73 tahun.

KHAZANAH HAMKA

ARTIKEL MENGENAI HAMKA

Terdapat lima artikel dalam Bahasa Melayu menceritakan tentang Hamka

ARTIKEL BAHASA INGGERIS MENGENAI HAMKA

Terdapat lima artikel dalam Bahasa Inggeris menceritakan tentang Hamka

KARYA KREATIF TENTANG HAMKA

Himpunan novel, cerpen dan puisi mengenai Hamka

BUKU KAJIAN ANTARABANGSA TENTANG HAMKA

Terdapat 3 buah buku yang ditulis oleh penulis luar negara yang menceritakan tentang Hamka

PENCAPAIAN HAMKA

1959
Diberi gelaran Doktor Kehormat daripada Universiti Al-Azhar

Mendapat gelaran Doktor Kehormat, Dr. Honoris Causa daripada Universiti Al-Azhar, Kairo, Mesir.

1960
Diberi gelaran Doktor Kehormat daripada Universiti di Indonesia

Mendapat gelaran Doktor Kehormat, Dr. Honoris Causa daripada Universiti Prof. Moestapo Beragama, Jakarta.

Selepas Kematian (diwakili ahli keluarga)

1986
Mendapat Bintang

Mendapat Bintang Mahaputera Madya dan Pemerintah Indonesia.

2011
Digelar Pahlawan Nasional

Menerima Penghormatan daripada Pemerintah Indonesia sebagai Pahlawan Nasional.